Tutup

Sejak PRU-14, tiada dituduh mengikut Akta Hasutan - Tommy

Jabatan Peguam Negara menjelaskan tiada seorang pun yang dituduh mengikut peruntukan Akta Hasutan 1948, sejak pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei lalu yang menyaksikan peralihan tampuk kerajaan. Peguam Negara, Tommy Thomas, berkata pihaknya mengambil pendirian untuk hanya menggunakan Akta Hasutan sebagai jalan terakhir dengan mempertimbangkan undang-undang alternatif, termasuk peruntukan kanun keseksaan.