Sekeluarga tinggal sehelai sepinggang menjelang Aidilfitri

Dalam kita bercerita mengenai persiapan Aidilfitri, ada di kalangan saudara kita kurang bernasib baik. Ini kisah seorang warga emas pengsan selepas kediaman yang dihuni bersama enam ahli keluarganya musnah dalam kebakaran di Kampung Sungai Rengas, Kuala Terengganu petang tadi. Dalam kebakaran kira-kira jam 2.30 petang itu, semua kelengkapan persiapan Hari Raya keluarga itu hangus dijilat api.