Sekitar lokasi kejadian insiden bas bawa majoriti pelajar MRSM terbabas, terbalik di Bukit Tangga

Sebuah bas awam yang kebanyakan penumpangnya dipercayai terdiri daripada para pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Klawang dilaporkan terbabas dan terbalik di Jalan Kuala Klawang-Seremban dekat Bukit Tangga, Negeri Sembilan kira-kira jam 4 petang Khamis. Kemalangan itu difahamkan turut melibatkan sebuah kenderaan lain.