Sekitar Majlis Perbarisan Tahunan JBPM 2019

Majlis Perbarisan Tahunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia 2019 diadakan di Ibu Pejabat JBPM Putrajaya pada 18 Januari. Perbarisan tahunan ini merupakan acara tahunan di mana amanat Ketua Pengarah diberikan dalam mendepani cabaran tahun baru 2019. Turut diadakan ialah penganugerahan Pingat Jasa Bomba kepada Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang disampaikan kepada abang arwah, Mohd Ashraf Mohd Kassim. Turut menerima anugerah, Ketua Pengarah JBPM keenam, Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim yang menerima Pingat Kebesaran JBPM. 16 pengamal media termasuk wakil dari Astro AWANI, Hilal Azmi turut menerima sijil penghargaan bersama tiga orang awam sebagai tanda penghargaan kepada individu dan organisasi yang menyokong program publisiti JBPM serta memberi khidmat bakti kepada masyarakat.