Sekolah ambil tindakan elak murid terdedah cuaca panas

Kementerian Pendidikan menasihatkan pihak pengurusan sekolah supaya mengambil langkah perlu susulan cuaca panas dan kering berpanjangan melanda negara kini. Kementerian Pendidikan dalam kenyataan berkata, kementerian sentiasa menitikberatkan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid khususnya di beberapa negeri di Utara dan Pantai Timur serta beberapa daerah di Melaka.