Sekolah kayu makin daif

Masih banyak sekolah di Sabah yang secara fizikalnya tidak jauh beza dengan sekolah-sekolah di Semenanjung sekitar tahun 60-an dahulu. Sekolah Kebangsaan Unico Desa, Lahad Datu antara yang masih bertahan dengan sekolah struktur kayu yang lantainya hampir berlubang.