Tutup

Sekolah menengah pilihan terakhir sebagai PPS

Sekolah-sekolah menengah di Kedah merupakan pilihan terakhir untuk dijadikan Pusat Penempatan Sementara (PPS) mangsa banjir jika berlakunya sebarang gelombang banjir dalam waktu terdekat di negeri itu. Menurut Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga, Wanita Dan Masyarakat Kedah, Halimaton Saadiah Saad, tindakan itu supaya tidak berlaku gangguan kepada sesi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang sedang berlangsung ketika ini.