Sekolah terbakar, pelajar SK Sempang cuti kecemasan dua hari

Sekolah Kebangsaan Sempang, Merlimau diarah tutup selama dua hari bermula Khamis susulan empat bilik di blok bangunan dua tingkat itu terbakar pada petang Rabu. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Datuk Abu Bakar Sahari berkata, pengumuman itu hanya terpakai kepada 192 murid, tidak termasuk 24 guru sekolah berkenaan.