Sektor kesihatan perlu penambahan kakitangan

Jumlah warga kerja dalam sektor kesihatan di negara ini perlu ditambah khususnya pekerja fasiliti kesihatan awam. Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ini bagi menjamin kelancaran operasi semua jabatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.