Sektor pelancongan negara catat peningkatan 16.9 peratus suku pertama 2019

Sektor pelancongan negara mencatatkan perkembangan positif pada suku pertama tahun ini. Menurut Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi, perbelanjaan pelancong merekodkan peningkatan 16.9 peratus kepada RM21.4 billion pada suku pertama 2019. Jelas Mohamaddin, pertambahan itu disebabkan oleh faktor pasaran jarak dekat dan sederhana susulan tawaran syarikat penerbangan dan agen pelancongan di rantau ini.