Tutup

Selain KFC, KPDNHEP turut siasat kenaikan harga makanan di McDonalds

Selain membuat pemeriksaan terhadap restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan turut melakukan pemeriksaan terhadap restoran McDonalds selepas rungutan pengguna ditularkan di laman media sosial. Rungutan itu disebabkan dakwaan kenaikan harga mendadak bagi hidangan makanan di kedua-dua restoran makanan segera itu, khususnya di ibu negara.