Selangor catat kes tertinggi buang bayi

Selangor menjadi negeri tertinggi dalam mencatatkan jumlah paling banyak kes pembuangan bayi di negara ini. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata sepanjang 2010 sehingga Disember 2016 jumlah kes pembuangan bayi adalah sebanyak 697 kes.