Tutup

Seleweng Dana: Seorang pegawai dibebaskan

Pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang direman bagi membantu siasatan penyelewengan dana kerajaan lebih RM100 juta dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM pada Rabu. Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman membebaskan lelaki itu dengan jaminan RM10 ribu selepas siasatan terhadapnya selesai.