Tutup

Selipar tiruan bernilai RM600,000 dirampas

Lebih 76 ribu pasang selipar, dipercayai jenama tiruan bernilai lebih 600 ribu ringgit dirampas dalam satu serbuan di dua buah kilang di Ipoh pada Rabu. Timbalan Pengarah KPDNHEP Perak, V. Ravichandran memaklumkan, siasatan awal mendapati kedua-dua premis itu dimiliki seorang individu yang turut ditahan untuk membantu siasatan.