Seluar dalam Jalur Gemilang: 9 warga Australia didakwa

9 warga Australia yang memakai seluar dalam bercorak Jalur Gemilang ketika menyaksikan perlumbaan F1 di Litar Sepang Sabtu lalu di hadapkan ke Mahkamah Sepang pagi Khamis. Siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu kelakuan mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan dan Seksyen 14 kanun sama iaitu berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.