Tutup

Semangat patriotik Mohamad Zahari menjadi teladan

Berbekalkan semangat cintakan negara. Seorang guru besar di Baling Kedah memasang lebih tiga ratus Jalur Gemilang di rumahnya sempena bulan kemerdekaan. Maka tidak hairanlah kediaman milik Mohamad Zahari Abdul Majid, 53 tahun, dinobatkan sebagai Rumah Berhias Tercantik selama dua tahun berturut turut.