Tutup

Sembunyi kegiatan seludup cecair vape haram di kedai aksesori wanita

Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) perlis merampas lebih 3,700 botol cecair vape yang diseludup secara haram pada Khamis. Rampasan tersebut, yang bernilai hampir 113 ribu ringgit, dilakukan di sebuah kedai yang menjual patung dan aksesori wanita di Jalan Besar, Padang Besar.