#SemenyihMemilih: Lima laporan polis diterima sepanjang hari mengundi

Polis menerima lima laporan sepanjang hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang berlangsung hari ini. Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff kesemua laporan itu diterima daripada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melibatkan beberapa kesalahan.