Sempadan maritim: Malaysia-Singapura terus berunding

Malaysia akan meneruskan rundingan dengan Singapura berhubung persempadanan maritim di kawasan Batu Puteh (Pedra Branca), Batuan Tengah (Middle Rocks) dan Tubir Selatan (South Ledge). Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya berkata Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi mesyuarat kelapan Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura (MSJTC) yang dijadual pada Oktober ini.