Tutup

Semua aktiviti luar terpaksa dibatalkan kerana jerebu

Semua aktiviti luar yang dijadual berlangsung di negeri Melaka diarahkan untuk dibatalkan serta-merta ekoran keadaan jerebu yang semakin buruk di negeri itu. Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka Low Chee Leong berkata, ini ekoran keadaan jerebu yang kini berada pada paras yang tidak sihat sehingga indeks pencemaran udara (IPU) mencecah lebih 200.