Semua anggota PAC pembangkang letak jawatan

Tiga anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dari blok pembangkang umumkan letak jawatan dalam jawatankuasa itu berkuatkuasa serta merta. Mereka ialah Ahli Parlimen Parit Sulong (BN), Datuk Noraini Ahmad dan Ahli Parlimen Jasin (BN), Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Ahli Parlimen Kota Bharu (Pas), Datuk Takiyuddin Hassan.