Semua pihak perlu hormati keputusan Perdana Menteri

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berharap pihak yang mengkritik perlantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM termasuk dari Angkatan Muda Keadilan supaya menghormati keputusan Perdana Menteri. Apatah lagi perlantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.