"Sentiasa jaga diri dan menambah baik diri terutamanya dari segi pendidikan" -Tun M

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati golongan belia supaya menjaga diri dan menambah baik diri, terutamanya dari segi pendidikan. Malah, beliau juga memetik kata-kata bekas Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy, iaitu "Jangan tanya apa yang kerajaan boleh buat, tetapi tanya apa yang rakyat boleh buat untuk kerajaan".