Sentimen Orang Asli pengaruhi faktor kemenangan

Meletakkan calon Orang Asli oleh Barisan Nasional (BN) memainkan peranan serta sentimen penting dalam mempengaruhi faktor kemenangan pada PRK Cameron Highlands. Penganalisis Politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Kamaruzaman Yusof berkata, Orang Asli sentiasa berpegang kepada janji-janji mereka lebih-lebih lagi peratus pengundi kumpulan itu antara yang terbesar di dalam parlimen negara.