Tutup

Seorang lagi pesakit Orang Asli dirawat di Hospital Hulu Terengganu

Di Terengganu, seorang lagi masyarakat Orang Asli Sungai Berua dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu kerana dikhuatiri mempuyai tanda-tanda jangkitan pada saluran pernafasan. Pengarah Kesihatan Negeri Dr Mohd Jusoh mengesahkan lelaki yang berusia 29 tahun itu dikesan kira-kira jam 2.57 pagi Isnin.