Tutup

Seorang maut, dua cedera kemalangan di LPT2

Seorang pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn Johor Bharu maut manakala dua rakan sekampus nya cedera parah selepas kereta Perodua Kelisa yang dipandunya terbabit dalam kemalangan di LPT2 petang Jumaat. Kesemua mereka dipercayai dalam perjalanan pulang bercuti ke kampung masing-masing di Pasir Putih Kelantan untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha.