Seorang maut, dua cedera kereta terbabas di Lebuhraya PLUS

Seorang maut manakala dua cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabas di Kilometer 349.4 arah utara, Lebuhraya Utara Selatan, kira-kira jam 8.30 pagi tadi. Mangsa, pemandu Proton Wira, Muhammad Azry Izwan Rohaizad, 22 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.