Seorang maut motosikal bergesel dalam konvoi sahur

Keseronokan konvoi untuk bersahur bersama rakan sekampung bertukar tragedi, apabila motosikal mereka bergesel antara satu sama lain sebelum terhumban ke tengah jalan. Mangsa yang maut Muhamad Fadzly Zulkuply, 26 tahun selepas mengalami kecederaan parah di kepala.