Seorang maut, tiga lagi cedera dipanah petir

Seorang lelaki warga Myanmar maut manakala tiga lagi cedera selepas dipanah petir semasa bermain bola sepak di Setia Alam petang Ahad. Kejadian dipercayai berlaku kira kira jam 5.13 petang ketika mangsa bersama rakannya bermain bola sepak di padang bola di Seksyen U13.