Sepasang harimau berkeliaran kejar penduduk

Penduduk di Kampung Besol Lama, Bandar Bukit Besi, Dungun, gempar apabila sepasang harimau berkeliaran di kawasan perkampungan mereka. Kelibat haiwan yang dipercayai datang dari hutan simpan Bukit Besi, dianggarkan melebihi seratus kilogram, ditemui penduduk sekitar jam tujuh pagi pada Khamis.