Tutup

Seramai 1,710 pegawai dan anggota bertugas di PRK Tanjung Piai

Menjelang Pilihraya Kecil Parlimen Tanjung Piai. Polis Kontinjen Johor menggerakan kekuatan 1710 anggota, membabitkan 241 pegawai dan 1 ribu 469 anggota yang memulakan tugas 31 Oktober hingga 17 November nanti. Ketua Polis Johor, Datuk Kamaruddin Md Din berkata, pihaknya turut mendapatkan 845 kekuatan bantuan luar membabitkan 93 pegawai dan 752 anggota.