Serba Dinamik komited lahirkan tenaga kerja

Serba Dinamik komited melahirkan tenaga kerja terlatih seiring dengan usaha syarikat membangunkan modal insan. Bagi mencapai matlamat itu, syarikat berasaskan kejuruteraan ini menawarkan kursus latihan kemahiran yang dikendalikan oleh City & Guilds dari United Kingdom.