Tutup

Sertakan 2 topi keledar dengan penjualan motosikal

Kerajaan dicadangkan supaya mewajibkan setiap penjualan motosikal baharu disertakan dengan dua unit topi keledar. Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Abdul Ghafur Yusof berkata, langkah tersebut penting untuk membudayakan pemakaian topi keledar dalam kalangan penunggang dan pembonceng motosikal.