Setahun berbasikal: Tiga anak Malaysia tiba di tanah air

Tiga rakyat Malaysia yang mengembara dengan berbasikal selama 403 hari, melalui jarak kira-kira 16 ribu KM, merentasi 13 negara, tiba di tanah air pada Ahad. Muhammad Amir Arsad, 29 tahun, Mohd Faizul Abdul Malek, 27 tahun, dan Mohd Azmeer Faiq Mohd Rusli, 29 tahun, tiba di pintu sempadan Malaysia di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Padang Besar pada 9.30 pagi.