Tutup

Setarakan gred pentadbir sekolah akan dibawa ke Kabinet

Cadangan agar gred jawatan pentadbir di sekolah rendah khususnya guru besar dan penolong kanan diselaraskan dengan sekolah menengah akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri Jumaat ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tuntutan daripada Majlis Guru Besar Negeri Perak itu perlu diberi perhatian sebagai mengiktiraf profesion perguruan.