Setia kepada kerajaan yang baik - Tun M

Rakyat dan jentera kerajaan perlu setia kepada pentadbiran kerajaan yang lebih baik. Demikian jelas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri pada pagi Isnin. Tambahnya, kesetiaan membuta tuli tidak seharusnya diterbitkan kepada pemimpin dan parti politik yang terpalit dengan penyelewengan.