Tutup

Shafie arah kenal pasti pusat penempatan mangsa banjir kekal

Kerajaan negeri Sabah akan membina pusat penempatanmangsabanjir yang tetap di beberapa kawasan negeri itu bagi menempatkan penduduk yang terjejas akibat bencana alam itu. Menurut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal beliau telah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri mengenal pasti tapak yang sesuai untuk membina pusat penempatan tersebutbagi kawasan yang sering dilanda banjir.