Shahidan gagal hadir ke mahkamah untuk kali ketiga

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, sekali lagi gagal hadir bagi prosiding pengurusan kes cabul melibatkannya. Ini merupakan kali ketiga shahidan gagal hadir ke mahkamah, selepas prosiding pertuduhan kes pada November 2018 kerana berada di luar kawasan dan serahan dokumen pada Januari lepas kerana dimasukkan ke hospital.