Shahidan jangan buat polemik lagi di Perlis

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim diminta reda dan tidak lagi membangkitkan sebarang polemik atau krisis mengenai kepemimpinan negeri itu. Penganalisis Politik Datuk Ismail Sualman berkata, masa kini merupakan zaman bekerja kepada rakyat selain Shahidan perlu berhenti berpolitik atau membangkitkan lagi isu berkenaan Plihan Raya Umum ke-14 (PRU14).