Shahidan Kassim perlu hadir ke mahkamah Isnin ini

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim perlu hadir di Mahkamah Sesyen Kangar Isnin depan bagi menghadapi pertuduhan bersabit kes mencabul seorang gadis bawah umur, baru-baru ini. Peguambela yang mewakili Shahidan, Zuhair Ahmad Zakuan berkata keputusan itu bermakna waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Ahli Parlimen Arau itu hari ini tidak ditarik balik.