Shahrir yakin manifesto BN mampu dilaksanakan

Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad yakin manifesto Barisan Nasional (BN) yang memberi perhatian kepada peneroka Felda mampu dilaksanakan. Ia kerana insentif khas sebanyak lima ribu bagi setiap peneroka Felda selain geran khas bagi tujuan penanaman semula dilihat satu manifesto yang bersifat inklusif dan realistik.