Sharifah Shahirah 'buat hal' di lapangan terbang

Rakaman video pelakon dan pengacara Sharifah Shahirah menyamar sebagai pramugari di syarikat penerbangan Firefly dan membuat 'onar' di sebuah lapangan terbang tular di media sosial. Video yang dihasilkan oleh Maxman TV itu telah mendapat lebih 15,000 perkongsian, 1.5 juta tontonan, 16,000 likes dan lebih 2,000 komen di Facebook sejak dimuat naik tiga hari lalu.