Sheikh Umar jadi Melayu pertama dipilih Ketua Dapsy Johor

Exco Sukan dan Belia Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memenangi pemilihan Ketua Sayap Pemuda DAP dan beliau menjadi Melayu pertama memenangi kedudukan tertinggi sayap pemuda negeri. Pegawai Pilihan Raya Dapsy Johor, Eric Teh mengumumkan Sheikh Umar memperolehi 31 undi bagi memenangi jawatan itu menewaskan pencabarnya, Marina Ibrahim yang hanya memperolehi dua undi.