Shukri Abdull: "Misi saya sudah selesai"

Ketika masih ramai yang bertanya mengapa bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Shukri Abdull memendekkan tempoh perkhidmatannya di SPRM, beliau pula sifatkan misinya di agensi itu sudah selesai. Kata Shukri, sejak awal dilantik beliau sudah tegaskan enggan memegang jawatan itu lebih dari setahun. Perkara itu disampaikan kepada Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia Datuk Seri Akbar Satar.