Tutup

Siapa kata Nora Anne diculik?

Siasatan awal polis terhadap kehilangan Nora Anne Quoririn, remaja perempuan warga Ireland 15 tahun yang hilang dari sebuah resort di Nilai sejak pagi Ahad, tidak menunjukkan sebarang unsur jenayah. Tegas Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, orang ramai termasuk media tempatan mahupun luar negara diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi. Beliau berkata demikian dalam sidang media di bilik gerakan Balai Polis Pantai di Nilai malam Isnin.