Siapa kata TVET itu opsyen pendidikan kelas kedua?

Siapa kata TVET opsyen pendidikan kelas kedua? Ketika Malaysia sibuk mengejar status negara maju berpaksikan tenaga kerja mahir, negara ini masih lagi mempunyai masalah persepsi berkenaan TVET. Ramai yang melihat aliran itu sebagai pilihan terakhir, hanya diceburi jika seseorang itu gagal dalam akademik.