Tutup

Siapa tentukan spesis dikutip tak terancam?

Tetapi Dr Muhammad Abdul Latiff Abu Bakar, Penyelidik Di Pusat Penyelidikan Penggunaan Mapan Sumber Semulajadi di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), membidas dakwaan sesetengah peniaga lemang periuk kera yang berkata mereka hanya mengutip satu spesis tumbuhan itu yang tidak terancam. Soal Dr Latiff, siapa yang menentukan bahawa spesis yang dikutip itu tidak terancam?