Siapa yang berani bersuara demi rakyat selepas kekalahan BN? - Najib

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan tindakan sesetengah pihak yang mengkritik pelantikannya sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional. Katanya keputusan yang dibuat majlis tertinggi parti itu adalah berdasarkan penilaian mereka terhadap dirinya yang banyak membawa suara rakyat ke peringkat lebih tinggi. Selain itu pelantikan itu juga kritikan beliau terhadap pentadbiran Pakatan Harapan dan turun padang bagi mendapatkan semula sokongan terhadap BN.