Tutup

Siasatan 1MDB: 64 individu telah dirakam percakapan

64 individu telah dirakam percakapan kerana menerima wang dalam transaksi yang kini dalam proses siasatan skandal mega 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim juga mengesahkan sejumlah daripada individu ini adalah terdiri daripada ahli politik.