Siasatan dana RM90 juta, SPRM gesa henti spekulasi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu menimbulkan sebarang spekulasi berhubung dana RM90 juta yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun pemimpin Pas. Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, tugas SPRM adalah untuk mengenal pasti sama ada berlaku kemasukan duit ke akaun terbabit.